Ciri-ciri Ahli PS

Sikap dan ciri-ciri ahli PS.

  • Keimanan yang teguh berasaskan Al-Quran dan Hadis.
  • Ikhlas dalam menerima ilmu dari senior tanpa mengira usia dan tidak menderhaka kepada senior.
  • Tidak membawa ajaran dari perguruan lain ke dalam PS dan mengesahkannya sebagai ajaran PS.
  • Tidak menciplak ajaran PS dan memperakui sebagai perguruan lain.
  • Tidak menokok tambah atau mengurangkan gerak. Ahli hendaklah menjaga keaslian PS sebagaimana yang diajarkan oleh Almarhum Abang Afanuddin Panjaitan dan Almarhum Abang Makhtar (Abang Tar). Pergerakan hendaklah selaras agar kesinambungan di kemudian hari tetap utuh, kemas dan jitu.
  • Tidak menokok tambah atau memendekkan inti kepada ilmu ini.
  • Tidak memasukkan unsur negatif dan khurafat semasa latihan atau rawatan (contohi cara-cara rawatan yang tercatit dalam buku panduan yang diluluskan oleh Almarhum Abang Makhtar). Segala apa yang dirasai semasa membuat rawatan hendaklah menjadi rahsia ahli berkenaan. Ianya tidak perlu diwar-warkan kepada pesakit atau lain-lain individu.
  • Tidak mengeluarkan tafsir ke atas setiap kejadian tanpa merujuk kepada senior terlebih dahulu.
  • Menjaga tingkah laku pada segenap aspek seperti perangai, amalan, percakapan serta perbuatan agar ianya tidak di salah anggap oleh masyarakat.
  • Buang sifat negatif seperti hasad dengki, khianat, bongkak dan lain-lain. Sebaliknya bersikap laksana ular menyusur akar, takkan hilang bisanya atau ikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk.
  • Tidak melakukan sebarang perubahan gerak dan inti ilmu PS.
  • Jangan menjiwai, ‘scan’ dan ‘check’ tenaga senior yang lebih tinggi tingkat darinya tanpa izin.
  • Jangan meniru gerak langkah senior yang lebih tinggi tingkat darinya. Senior tidak akan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.
  • Kelab tidak akan bertanggungjawab andai ada ahli-ahli yang murtad diberi balasan setimpal oleh Allah swt.
  • Ahli-ahli yang melakukan dosa-dosa besar atau kecil hendaklah segera bertaubat.
  • Setiap ahli adalah disarankan berlatih sekurang-kurangnya sekali seminggu.