Syarat Keahlian

Syarat-syarat menjadi ahli dan prosedur latihan.

1. Syarat menjadi ahli baru

  • Berumur 18 tahun ke atas. Bagi yang berumur bawah 21 tahun perlu mendapat keizinan dari ibubapa atau penjaga.
  • Mestilah beragama Islam.

2. Yuran yang perlu dibayar

  • Yuran keahlian sebanyak RM10.00 seorang sekali seumur hidup.
  • Yuran pembelajaran akan dikenakan sebanyak dua kali, iaitu sebanyak RM100.00 seorang bagi tingkat Kasaran sehingga tingkat Tikahan. Setelah dinaikkan ke tingkat Mahdi, sekali lagi pelajar perlu membayar yuran sebanyak RM210.00 seorang.

3. Latihan

Pakaian

  • Lelaki: mestilah berseluar trek dan berbaju T.
  • Perempuan: mestilah berseluar trek, berbaju labuh berlengan panjang serta bertudung

Masa dan Latihan

  • Latihan akan diadakan selama 6 – 14 hari. Syarat ini bergantung kepada keupayaan masing-masing.
  • Latihan akan dijalankan selama 1 1/2 – 2 jam. Setiap sesi hendaklah bermula jam 9.30 malam atau lebih awal (selepas Isyak) atau mana-mana masa yang telah ditetapkan.
  • Ahli baru (pelatih) dikehendaki hadir di setiap sesi latihan kecuali kes kecemasan sahaja.
  • Pelatih hendaklah patuh pada arahan dan tunjuk ajar senior tanpa mengira usia senior berkenaan.
  • Pelatih tidak dibenarkan makan, minum dan merokok semasa menjalani latihan di padang sehingga lepas latihan ditutup.
  • Pelatih digesa agar mengamalkan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah (amal makruf dan nahi mungkar)

Sesi pengambilan ahli baru sila hubungi Ustaz Fatah untuk maklumat lebih lanjut: call, sms, whatsapp 019-911 0524