Kelab Riadah Kelantan
  • Tentang Kami
  • Keahlian
    • Objektif
    • Ciri-ciri Ahli PS
    • Syarat Keahlian
  • Galeri
  • Blog
  • Contact
PRANA SAKTI – Sebuah Puisi
March 13, 2017

PRANA SAKTI – Sebuah Puisi

admin Prana Sakti

Selangkah ku alam MU
terus ku melangkah jauh
demi DIA dan tujuan yang satu

Perjuangan ku penuh aksi
azab sengsara membakar jiwa
gentar dan takut silih berganti
keringat tidak pernah kering
perit dan pedih terus membahang
namun,
kesetiaan tetap ada
kesabaran dan ketabahan ku padukan
dalam pahit ada manisnya
dalam derita ada nikmatnya
hanya DIA YANG MAHA MENGETAHUI

A B C,
simbolikmu mengandung makna
realitimu penuh hikmat
NUR-MU terus bercahaya
gusarku tiada lagi
semoga bahagia kekal abadi

Hari-hari MU ku lewati
pengertianku mula sebati
ku kenal DIRIMU, ku tahu RAHSIAMU
keraguanku persetankan
bagiku
KAU adalah SEGALANYA

Demi MU TUHAN
ku lafazkan ucapkan syukur
ALHAMDULILLAH………………..
Demi MU TUHAN
ku lafazkan kalimah
LAAILAHA ILLALLAH
segala PUJI hanya BAGIMU

sedetik sesaat cuma
kenangan terus berlabuh
kemesraan terjalin sudah
kita tetap bersatu
kejap dalam satu genggaman
padu dalam talian SILATUR-RAHIM

25 April 1986

BUDI

Related Posts

Hakikat Perjalanan PS

Prana Sakti

Hakikat Perjalanan PS

Sejarah Perkembangan Kelab Riadah Kelantan

Prana Sakti

Sejarah Perkembangan Kelab Riadah Kelantan

Popular Posts

  • Majlis Penutupan Ahli Baru Sesi 1 – 2018
  • Mesyuarat Agung Kelab Riadah Kelantan (Kelab PS)
  • Majlis Penutupan Ahli Baru 29.12.2017
  • Bengkel 1 Hari Memperkasakan Gerak Jurus PS Abe Tar
  • Hakikat Perjalanan PS

Categories

  • Aktiviti
  • Hikmah
  • Mesyuarat
  • Prana Sakti
© Kelab Riadah Kelantan 2026