Sejarah Perkembangan Kelab Riadah Kelantan
Berikut adalah Sejarah Perkembangan Kelab Riadah Kelantan:
1971 – Allahyarham Abang Hj Makhtar ke Indonesia untuk belajar di University Gajah Mada, Jogjakarta.
1974 – Allahyarham Abang Hj Makhtar mula belajar PS, Perguruan Bela Diri Tenaga Dalam Islam PS secara khusus dengan Allahyarham Abang Asfanuddin Panjaitan.
1976 – Pegawai Bahagian Pelajar di Kedutaan Malaysia di Indonesia menyiasat tentang Prana Sakti (PS). Beliau sangat berpuashati dan turut serta berguru dan mendalami ilmu P.S pada ketika itu.
1978 – Allahyarham Abang Makhtar pulang ke Malaysia setelah dapat Ijazah B.Sc. Biology.
1980 – Allahyarham Bang Asfan ke Malaysia utk sesi latihan di PCB, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
1981 – Allahyarham Abang Makhtar mula bertugas di ladang Sungai Terah sebagai Penolong Pengurus.
– Pada sesi ini tahun 1981, Allahyarham Bang Asfan sekali lagi ke Malaysia untuk Latihan P.S di Padang Sekolah S.I.C, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
– Akhirnya P.S Kelantan telah di titip kan sebagai Persatuan Seni Silat Prana Sakti Negeri Kelantan No. Pendaftaran 569 ( Kelantan ), pada 4 Mac 1981.
– P.S mula berkembang di Ladang Sungai Terah, Gua Musang, Kelantan, Malaysia melibatkan kumpulan pertama seramai 13 orang.
1991 – Pendaftaran Persatuan dibatalkan oleh Pendaftaran Pertubuhan kerana persatuan pada ketika itu tidak mengadakan Mesyuarat Agung.
2007 – PS, sekali lagi di daftarkan sebagai Kelab Riadah Kelantan ( Kelab P.S ) pada 28 Ogos 2007, No.Pendaftaran – 1688-07-KEL. Tuan Haji Zulkifli Bin Haji Abdul Rahman sebagai penaung, beliau merupakan Ketua Penolong Setiausaha ( KPSU ) Pejabat SUK Kelantan.
2014 – Pada tanggal 13 November 2014, Kelab Riadah Kelantan P.S. telah menghantar surat kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Kelantan ( JHEAIK ) utk sesi pertemuan dgn Sahibul Fadhilah Dato Nik Abdul Kadir Timbalan Mufti.
“Dato Timbalan Mufti, berpesan supaya menjaga ilmu ini dengan baik.”
Allahyarham Bapak Haji Makhtar menerima watikah dari PS Jogja Indonesia 12 – 21 Mac 2009.